UMNO dan Pas setuju daftar Muafakat Nasional

0
84
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Dua parti terbesar yang dianggotai oleh bangsa Melayu iaitu UMNO dan Pas bersetuju untuk mendaftar Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung I MN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II MN, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Kepimpinan MN telah bersefakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan.

Katanya, ia seiring dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here