Ustaz Ebit Lew tempah pesawat hantar barangan perubatan ke Sabah

0
519
Sebahagian barangan perubatan yang dibawa ke Sabah

CYBERJAYA – Prihatin dengan situasi di Sabah yang teruk dilanda wabak Covid, pendakwah terkenal, Ebit Lew menyewa sebuah pesawat untuk menghantar barangan perubatan ke negeri itu.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew berkata, proses penghantaran itu dibuat dengan menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Raya Airways.

“Doakan ya, risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.

“Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah. Hantar barang medikal set peralatan perlindungan diri (PPE) dengan pelindung mata, face shield, pelitup muka, pelitup kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas hadapan di Sabah,” katanya hari ini.

Ustaz Ebit menggunakan khidmat pesawat Raya Airways untuk menghantar barangan tersebut

Dalam pada itu, beliau juga memohon orang ramai untuk sama-sama berdoa supaya penduduk di Sabah diselamatkan daripada wabak itu.

Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, Sabah menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes harian Covid-19.

Semalam sahaja, Sabah mencatatkan sebanyak 352 kes baharu daripada 649 kes yang direkod di seluruh negara.

Kes Covid-19 di Sabah mencecah 14,053 kes daripada keseluruhan 30,090 kes di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here