UUM batalkan majlis konvokesyen

0
70

CYBERJAYA – Pihak Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah membuat keputusan untuk membatalkan Majlis Konvokesyen Ke-33 berdasarkan situasi semasa.

Pembatalan tersebut diumumkan oleh pihak universiti dalam satu kenyataan, hari ini.

“Setelah mengambil kira nasihat dan saranan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), maka pihak pengurusan universiti telah bersetuju supaya majlis tersebut dibatalkan,” kata kenyataan tersebut.

Susulan keputusan ini, para graduan dinasihati supaya melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) UUM mulai 5 November ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah memperolehi transkrip dan ijazah masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here