Valentino Rossi disahkan positif Covid-19

0
25
Valentino Rossi

KUALA LUMPUR – Juara dunia tujuh kali MotoGP, Valentino Rossi disahkan positif Covid-19 sekaligus terlepas peluang beraksi dalam GP Aragon di Sepanyol hujung minggu ini. 

Pelumba Itali berusia 41 tahun yang popular dengan gelaran The Doctor itu mengesahkan keputusan ujian ‘polymerase chain reaction’ (PCR) menerusi media sosial. 

“Saya bangun dan berasa tidak sihat semalam (Khamis)… Tulang saya berasa sakit dan alami sedikit demam, saya menghubungi doktor yang melakukan dua ujian kepada saya sebelum ini dah keputusan ujian PCR adalah negatif, sama seperti ujian yang dilakukan pada Selasa.

 “Tetapi, ujian kedua yang dihantar pada 4 petang semalam adalah positif. Saya kecewa kerana akan terlepas perlumbaan di Aragon termasuk pusingan kedua perlumbaan itu.

“Saya sedih dan marah kerana telah melakukan yang terbaik untuk menjaga protokol. Saya mengasingkan diri sejak tiba dari Le Mans… Apa pun, saya tidak dapat lakukan apa-apa untuk mengubah keadaan. Saya akan mengikuti nasihat perubatan dan berharap cepat sembuh,” katanya.

Pelumba Yamaha itu yang baru-baru ini mengesahkan perpindahannya ke Petronas Yamaha Sepang Racing Team untuk musim seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here