[VIDEO] Pesawat A400M TUDM hantar bekalan dan kelengkapan ke Sabah

0
29
Para petugas di Pangkalan Udara Subang sedang memasukkan barangan untuk di hantar ke Sabah, pagi tadi. – GAMBAR IHSAN TUDM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menggerakkan sebuah pesawat angkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi misi penghantaran kelengkapan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia dan bekalan perubatan lain ke Sabah.

Jelas juruterbang pesawat berkenaan, Mejar TUDM Mohd. Shafique Mohd. Amin dari No. 22 Skn, misi penghantaran yang akan dilaksanakan ini membawa lebih kurang 14 tan muatan.

Penerbangan hari ini bukan sahaja melibatkan penghantaran ke Tawau, tetapi turut melibatkan penghantaran beberapa peralatan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Kota Kinabalu.

Antara peralatan yang dihantar adalah seperti ‘personal protective equipment’ (PPE), ‘isolation gown’, topeng perlindungan muka dan ‘Tyvek suit’ bagi kegunaan pusat kesihatan di negeri tersebut.

Para juruterbang dan anak kapal pesawat A400M turut memakai pakaian perlindungan peripadi (PPE) sebagai langkah berjaga-kjaga. – GAMBAR IHSAN TUDM

Selain itu, terdapat juga peralatan perubatan daripada Mercy Malaysia yang turut dihantar ke Kota Kinabalu.

Selain alatan dan barangan, penerbangan ini turut membawa seramai 4 pegawai dan 29 anggota dari Kor Kesihatan Diraja Malaysia (KKD) bagi membuat persiapan pengoperasian Hospital Medan tersebut yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Sebahagian daripada pegawai dan anggota KKD yang turut sama menaiki penerbangan ke Sabah, bagi membantu menyiapkan pengoperasian Hospital Medan ATM di Tawau. – GAMBAR IHSAN TUDM

Hospital medan yang akan dioperasikan bersama KKM itu beroperasi di Kompleks Sukan Tawau itu dan mempunyai kapasiti 100 katil termasuk 4 katil ICU yang akan memberikan rawatan khusus kepada kes-kes selain Covid-19 bagi membolehkan Hospital Tawau memberikan fokus kepada perkhidmatan kes Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here