Vietnam batalkan penganjuran Formula One GP

0
20
Litar lumba Hanoi yang disiapkan pada awal tahun ini. – twitter/F1VietnamGP

CYBERJAYA – Penganjuran Formula One GP di Vietnam dibatalkan berikutan wabak Covid-19, kata pihak penganjurnya hari ini.

Menurut Reuters, perlumbaan yang julung kali bakal dianjurkan di negara tersebut pada April lalu itu, pada mulanya ditangguhkan.

Pihak berkuasa bandar Hanoi menyasarkan perlumbaan itu akan dapat dianjurkan pada November depan, namun menurut Ketua Eksekutif Vietnam Grand Prix Corp., Le Ngoc Chi, pembatalan perlumbaan tersebut merupakan satu-satunya pilihan yang sesuai setelah kajian kriteria keselamatan dilaksanakan.

“Pembatalan ini merupakan keputusan yang amat sukar tetapi tetapi perlu dilakukan memandangkan ketidakpastian berterusan yang disebabkan oleh wabak Covid-19 di seluruh dunia,” kata pihak penganjur, Vietnam Grand Prix Corp. dalam satu kenyataan.

Pihak penganjur turut berkata, kesemua bayaran tiket yang telah dijual akan dipulangkan semula.

Data Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan terdapat 1,110 kes Covid-19, dengan 35 kematian dilaporkan di dalam negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here