Wanita hamil iklankan buah pinggang untuk sara hidup, bayar hutang

0
123
Mesej yang tular dalam media sosial

CYBERJAYA – Akibat desakan hidup yang semakin menghimpit, seorang wanita hamil membuat keputusan untuk mengiklankan buah pinggangnya untuk dijual.

Dalam satu mesej yang tular dalam media sosial, wanita tersebut turut menghadapi masalah hutang sehingga menyebabkan nekad berbuat demikian.

Namun begitu, nasib wanita malang itu pantas mendapat maklum balas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu.

“Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat -MAIWP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau.

“Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau,” katanya dalam satu hantaran dalam media sosial miliknya.

Dalam pada itu, Zulkifli juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu-isu seperti itu di Wilayah Persekutuan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA.

Katanya, aplikasi itu boleh dimuat turun di Play Store bagi pengguna Android.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada personaliti televisyen, Fedtri Yahya yang menyebarkan maklumat berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here