Teguh pendirian demi ‘Lostnfound’

0
31

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Usaha, tawakal dan reda adalah antara prinsip yang digenggam oleh gadis manis ini dalam menceburi bidang perniagaan.

Walaupun menyedari perniagaan yang mengetengahkan fesyen Muslimah kini tumbuh bak cendawan, namun itu tidak melunturkan semangatnya memperkenalkan jenama fesyen miliknya yang dikenali sebagai Lostnfoundshope.

Nur Suraya Anis Zainal Abidin, 25, bagaimanapun tidak menafikan kepayahannya ketika awal memulakan perniagaan apatah ia merupakan percubaan pertamanya dalam bidang itu.

“Lostnfoundshope mula beroperasi sejak setahun lalu, di mana saya mulakan perniagaan dengan membuka butik sendiri di UTC Ampangan, Seremban sebelum mengembangkannya secara dalam talian.

“Memang awal-awal dulu agak sukar untuk saya mulakan perniagaan ini sebab semua proses pemilihan material, konsep, melayani kerenah pelanggan semua saya buat sendiri tanpa ada pengalaman.

“Tapi saya sangat bersyukur kerana sokongan keluarga selalu ada membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendalami perniagaan ini. Saya percaya bahawa rezeki itu akan selalu ada untuk orang-orang yang tidak pernah putus harapan untuk berusaha, tawakal dan redha dengan ketentuan-Nya,” katanya kepada MBNews, hari ini.

Tepis kritikan

Memiliki kelulusan Sarjana Muda Sains Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Suraya akui keputusannya menceburi bidang perniagaan juga mendapat kritikan pelbagai pihak.

“Ada yang kata saya membazir dan tidak hargai pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah menyara pengajian saya dan macam-macam lagi.

“Tapi saya tidak ambil pusing dengan kritikan itu sebab apa yang saya buat sekarang (perniagaan) juga memberi manfaat kepada orang ramai di mana saya mengalakkan wanita berfesyen dengan pakaian yang menutup aurat.

“Lagi pun ibu bapa saya pun suka apa yang saya buat sekarang ini, apatah lagi potensi yang ada untuk saya kembangkan perniagaan ini sangat luas. Harapan saya agar perniagaan ini maju dan lebih dikenali, sebab saya rasa fesyen moden Muslimah ini kini semakin mendapat tempat berbending fesyen lain,” katanya.

‘Trendy’ dan menutup aurat

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, anak ke empat daripada tujuh beradik ini berkata, jenama fesyennya sesuai digayakan oleh semua lapisan umur wanita Muslimah.

“Saya mengetengahkan konsep Muslimah moden sentuhan fesyen ala-ala Korea. Semua jenis rekaan baju dalah longgar dan mengkut trend semasa sebab yang penting ia menutup aurat.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kami juga mengeluarkan rekaan yang lebih santai iaitu satu set baju dan seluar dengan pilihan rona warna yang menarik sebab kita tahu, biasanya para wanita hanya akan pakai baju kurung atau tradisional yang lain pada hari terawal sambutan hari raya dan selebihnya lebih memilih pakaian yang lebih selesa dan santai.

“Semua baju yang kami tawarkan datang dengan ‘free size’ yang mana ia boleh digayakan untuk mereka yang bersaiz S-XL bergantung kepada rekaan,” katanya.

Karnival Raya Malakat Mall

Katanya, produk yang ditawarkan tidak hanya terhad kepada pakaian semata-mata malah turut menawarkan pelbagai jenis aksesori untuk dipadankan.

“Selain baju kita juga ada aksesori lain seperti tudung, beg, cermin mata, subang, rantai yang sangat trendy.

“Dari segi harga semuanya adalah mampu milik iaitu bermula RM15 hingga RM35 untuk aksesori dan untuk baju pula bermula RM59 sehungga RM229.

‘Jadi bagi mereka yang mahu dapatkan barangan ini semua, kboleh datang beramai-ramai ke Karnival Hari Raya di Malakat Mall yang telah dibuka sejak Jumaat lalu sehinggalah malam raya nanti,” katanya.MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here