Perlu penyelidikan kesan sampingan, keberkesanan ubat

0
40

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berharap kajian bersepadu dengan negara-negara lain dapat dihasilkan dengan data yang boleh diguna pakai pada masa depan.

Menurutnya, setakat ini tiada dalil yang kukuh untuk mengatakan suntikan BCG dikatakan boleh mengelakan jangkitan Covid-19.

“Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama negara- negara yang lain untuk melihat vaksin.

“Kita harap tempoh yang diambil mungkin lebih kurang setahun atau setahun setengah baharu kita dapat vaksin ini di pasaran.

“Jadi sememangnya memakan masa kalau kita kompaun untuk vaksin dan sebagainya kita perlu melaksanakan penyelidikan terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berpendapat, mungkin Malaysia akan dikenal pasti untuk menggunakan vaksin tersebut bagi tujuan penyelidikan.

Jelaanya, tempoh penyelidikan biasanya antara enam hingga sembilan bulan.

“Jadi kita tunggu penyelidikan ini dijalankan. Apa yang penting ialah Malaysia telah kenal pasti sebagai negara dimasukan dalam kajian ‘solidarity trial.’

“Kita melihat kepada ubat-ubatan baharu dan lama dan kita lihat juga untuk digunakan sebagai kajian bagi mengubati pesakit pesakit kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here