Sebarkan keceriaan, bukan stress

0
55

TATKALA lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, ramai yang mengeluh.

Ye lah, asyik terperap sahaja di rumah. Kebosanan mula melanda.

Pada waktu ini, individu dengan minda cergas, sentiasa cuba mencari kelainan, bagi menghadirkan keceriaan.

Cakcibor turut rasa terharu (tapi sebenarnya tergelak besar juga) apabila terlihat paparan dalam media sosial tentang seorang bapa yang sanggup berlakon menjadi seorang ‘ibu’ pada anak-anaknya.

Semuanya demi keceriaan yang secara tidak langsung membentuk kesihatan mental yang kuat.

Ada yang berbasikal dan bersenam di rumah, buat burpees, dan di kawasan apartment Cakcibor tinggal, ada yang berjogging di koridor dan naik turun tangga.

Dan ada juga, melalui teknologi, bergurau senda, berkongsi kuiz dan bersembang merapu di group WhatsApp dan Telegram.

Semuanya untuk ‘break the monotonous rhythm.’

Benar, keadaan sekarang agak menyesakkan, apabila semua perkara mampu mencetuskan perasaan stress.

Dan kalau rasa semuanya terlalu menyesakkan, contoh, situasi di dalam kumpulan WhatsApp, keluar sahaja lah. Perlu kah sampai melabel orang lain sebagai tiada moral?

Cakcibor nak tanya, perlu ke kita stress pada sesuatu yang kita tiada kawalan ke atasnya? Dan ‘besar’ sangat ke diri kita ni nak melabel orang itu ini?

Sebarkan keceriaan, bukan stress.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here