Peluang PKS kembali bangkit selepas PKP

0
26

TIADA apa lebih mengembirakan hari ini apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk pemain industri yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Selepas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) diumumkan dua minggu lalu, kali ini berita gembira turut diterima oleh pengusaha PKS. Pakej tambahan bernilai RM10 bilion itu sekali gus meringankan beban kewangan golongan tersebut.

Menurut Perdana Menteri, pakej berkenaan bukan sahaja beri manfaat kepada pengusaha tetapi juga menjamin dua pertiga jumlah pekerja di negara ini supaya terus mendapatkan pekerjaan.

Inilah kerajaan yang mendengar suara hati rakyat. Bukan sahaja golongan B40 dan M40 tetapi juga pengusaha PKS yang berdepan cabaran paling besar akibat penularan wabak Covid-19.

Banyak sungguh berita gembira sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu. Walaupun diminta duduk di rumah tetapi dua berita diumumkan Perdana Menteri sekali gus mengurangkan keresahan rakyat.

Paling utama adalah pengusaha PKS. Mereka yang paling terkesan sejak PKP dilaksanakan. Perusahaan terpaksa ditutup. Nasib pekerja pula tidak menentu. 

Pengumuman ini sedikit sebanyak melegakan mereka. Penulis percaya apabila berakhirnya wabak ini berakhir mereka akan kembali bangkit semula.

Penularan wabak ini bukan berlaku di Malaysia tetapi telah dijangkiti 180 negara. Lebih satu juta kematian dicatatkan. Paling teruk ekonomi di seluruh dunia terjejas. 

Keprihatinan kerajaan dalam mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dapat membantu meringankan beban semua pihak.

Cuma satu diharapkan kepada rakyat Malaysia. Terus patuhi arahan kerajaan. Duduk di rumah dan keluar jika ada hal amat penting. Ingatilah keluarga anda kerana hanya kita sahaja yang mampu memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Seperkara lagi, jangan lupa hulurkan sumbangan. Tidak banyak sikit pun tak mengapa asalkan golongan yang terputus bekalan makanan dapat meneruskan kehidupan sepanjang PKP ini. Tidak rugi bersedekah kerana rezeki yang dikongsi dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here