Canon umum kamera kategori permulaan dengan keupayaan 4K

0
44

CANON Malaysia baru-baru ini mengumumkan kemasukan model terbaharu kamera digital lensa reflex tunggal (DSLR), EOS 850D tidak lama lagi.

Kamera dengan cip pemprosesan DiGiC 8 dan sensor CMOS Dualpixel 24.1 megapiksel itu dicipta sebagai kamera mesra pengguna yang berkemampuan rakaman 4K 25 fps dan keupayaan imej pegun sepantas 7 bingkai sesaat (FPS).

Selain kepantasan rakaman, DSLR kategori permulaan ini dilengkapi dengan keupayaan rakaman dalam keadaan kurang cahaya dengan tahap ISO 100 hingga 25,600.

Dengan sistem autofokus cross-type sebanyak 45 titik pula, kamera ini menjanjikan pemfokusan yang pantas walaupun di dalam kawasan yang gelap.

Keselesaan pengguna dipertingkatkan dengan ciri-ciri komunikasi tanpa wayar atau wifi bagi pemindahan imej dan video kepada peranti penerima seperti telefon pintar dan tablet.

Keupayaan Live View pada skrin kamera ini juga dipertingkatkan kepada 143 titik autofokus untuk menghasilkan rakaman yang jelas dan tepat.
Untuk set standard, kamera ini dipadankan dengan lensa kit 18-55mm f4-5.6.

Setakat ini Canon Malaysia masih belum mengumumkan harga bagi peranti ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here