729 premis makanan dapat pensijilan MESTI di Selangor

0
169
Khalid (kiri) bersama Fadzil pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Keselamatan Makanan di sini, hari ini. – MT/Farid Janudin

RAUDHAH CITY 4 Dis. – Sebanyak 729 premis makanan di Selangor memperoleh Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI) dengan lima daripadanya di bawah kategori dapur berpusat.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, skim tersebut diwujudkan bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) selaras dengan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang menetapkan pengilang makanan wajib melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) di premis makanan.

Katanya, skim itu diberikan secara percuma kepada industri yang memenuhi keperluan tersebut.

“Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 14,794 premis makanan di Selangor telah diperiksa dan diberi teguran bagi penambahbaikan,” katanya pada majlis Anugerah Keselamatan Makanan kepada Brainy Bunch Kitchen Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Brainy Bunch Kitchen, entiti di bawah Kumpulan Brainy Bunch muncul tadika pertama di negara ini yang memperoleh pensijilan MESTI bagi dapur berpusatnya.

Yang turut hadir, Pengasas Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim.

Menurut Khalid, pengabaian dalam penyediaan makanan selamat boleh menyumbang kepada berlakunya keracunan makanan.

“Bagi Selangor, ia merekodkan 45 kes keracunan setakat Oktober tahun ini berbanding 50 kes pada 2018.

“Ia melibatkan pelbagai jenis premis penyediaan makanan termasuklah tadika dan taska.

“Berdasarkan rekod kami sehingga Oktober, empat kes keracunan makanan melibatkan tadika dan taska dicatatkan,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here