77 cedera dalam himpunan disifat sebagai medan pertempuran

0
71

GAZA 27 Nov. – Ribuan rakyat Palestin berhimpun di Tebing Barat, semalam bagi membantah pengumuman Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini yang tidak mempercayai penempatan Israel di wilayah berkenaan sebagai melanggari undang-undang antarabangsa.

Memetik portal Ismaweb seperti dipetik laporan Agensi, dianjurkan oleh parti Fatah, ‘hari kemarahan’ itu juga dibuat sebagai memprotes pengumuman pentadbiran Presiden, Donald Trump mengenai penempatan negara tidak diiktiraf Israel minggu lalu.

Sebelum ini, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyuarakan sokongan terhadap kewujudan penempatan Israel di Tebing Barat dan berkata, ia tidak bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Bercakap pada sidang akhbar, beliau berkata, keputusan itu – yang mengubah kedudukan pentadbiran bekas Presiden AS, Barrack Obama mengenai isu berkenaan – telah dibuat berdasarkan ‘realiti di lapangan.’

Menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin, kira-kira 77 penunjuk perasaan cedera akibat serangan gas pemedih mata dan peluru getah rejim pengganas Zionis ketika perhimpunan berkenaan.

Himpunan diadakan di pusat bandar sekitar Tebing Barat dengan kira-kira 2,000 rakyat Palestin berkumpul di bandar Ramallah pada sebelah tengah hari.

Sementara itu, sekolah, universiti dan pejabat kerajaan ditutup ketika himpunan diadakan.

“Dasar AS yang berat sebelah terhadap Israel dan sokongan AS berkenaan pemukiman Israel serta pendudukannya meninggalkan kita hanya satu pilihan iaitu untuk kembali ke perlawanan,” kata pegawai kerajaan, Mahmoud Aloul kepada orang ramai di Ramallah.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk: “Pemecatan Trump, (Perdana Menteri Israel) Netanyahu ke penjara, pendudukan itu akan pergi dan kami akan tetap di sini.”

Di bandar Nablus, penunjuk perasaan membakar bendera AS dan Israel atas sikap positif Washington terhadap pendudukan Tel Aviv.

Difahamkan, himpunan itu berlaku selepas beberapa jam kematian seorang tahanan Palestin dalam jagaan Israel yang terpaksa bertarung dengan penyakit kanser.

Pihak penganjur himpunan turut menyeru bantahan – yang dirancang sejak sebelum kematian Sami Abu Diak, 35 – pembebasan serta membenarkan beliau di bawah jagaaan keluarganya, namun dinafikan oleh pegawai Israel

Difahamkan, Sami dipenjarakan selama 17 tahun sejak penangkapannya ketika ‘intifada kedua’ Palestin.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur di mana Al-Aqsa berada ketika Perang Arab-Israel pada 1967. Ia menduduki seluruh bandar itu pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here