
CYBERJAYA 29 Nov. – Ingin main saham tapi tak tahu mana satu patuh syariah, boleh layari www.sc.com.my untuk melihat senarai saham patuh syariah yang telah dikemaskini oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Senarai tersebut diluluskan Majlis Penasihat Shariah (SAC) berkuat kuasa mulai 29 November 2019.
Ia mengandungi 696 sekuriti patuh syariah yang merangkumi 77 peratus daripada keseluruhan 900 saham di Bursa Malaysia.
Saham ini termasuk 38 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh yariah dan mengeluarkan 29 sekuriti daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2019.
Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berpandukan penyata kewangan tahunan teraudit syarikat terkini.
Kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2020, berdasarkan penyata kewangan teraudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2020. – MT