Agong turun 2 kali saksi kemalangan jalan raya

0
136

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar duli menyaksikan dua kejadian kemalangan di Cyberjaya dan Putrajaya benar-benar menunjukkan baginda adalah seorang raja berjiwa rakyat.

Perkara itu jelas terbukti apabila Seri Paduka sanggup melangkah pembahagi jalan besi untuk melihat sendiri insiden berkenaan.

Menerusi laman Instagram istana_negara yang memaklumkan dalam perjalanan pulang daripada Mesyuara Pra Kabinet Bersama Perdana Menteri di Putrajaya, Al Sultan Abdullah turun kenderaan rasmi sebanyak dua kali.

Ini kerana untuk memerika sendiri dan bertanya khabar kepada para pemandu yang terlibat.

Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya manakala kedua pula di Plaza Tol MEX Putrajaya.

Seri Paduka turut menasihatkan kepada semua untuk berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here