[ANALISIS] Jangan diamkan, bertindaklah!

0
50

Lagu kebangsaan, Negaraku bukan asing bagi masyarakat negara ini.

Ia lagu wajib seluruh rakyat Malaysia. Lagu Negaraku menaikkan semangat patriotisme rakyat yang cintakan tanah air dan bangsanya.

Sejak merdeka, Negaraku hanya diubah tempo sahaja tetapi tidak pada bahasanya yang kekal kepada bahasa Melayu.

Namun tular video dalam media sosial apabila lagu kebangsaan dinyanyikan dalam versi bukan bahasa Melayu.

Melihat video berdurasi satu minit 22 saat itu, lagu Negaraku tidak dinyanyikan menggunakan bahasa Kebangsaan.

Berdasarkan Akta 808 Akta Lagu Kebangsaan 1968 semakan 2018 tidak menyatakan jenis bahasa dalam lirik lagu tetapi jelas dalam akta itu terdapat nota muzik bahasa Melayu.

Walaupun video itu tular di sebuah sekolah vernakular di selatan tanah air, tetapi perkara itu seharusnya diambil perhatian serius oleh pihak terlibat.

Jangan dibiarkan perkara ini berlaku kerana negara jiran kita masih mengekalkan bahasa Melayu dalam lagu kebangsaan walaupun penduduk majoritinya adalah bukan Melayu.

Bertindaklah sebelum ia merebak menjadi ‘barah’. Kelak nanti generasi akan datang keliru apakah lagu kebangsaan kita boleh dipermainkan seperti ini. – #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here