Apakah hukum suami minum susu isteri?

0
3338

ANAK SUSUAN adalah dilarang berkahwin dengan ibu susuannya termasuk seisi keluarganya. Tetapi bagaimana pula jika suami terminum susu isterinya sendiri. Adakah ia dilarang atau sebaliknya? Bunyi agak pelik tetapi jangka sangka perkara ini boleh berlaku dalam hubungan intim pasangan suami isteri.

Dalam hukum fikah, bagi anda yang tidak tahu, bayi disusukan oleh seseorang wanita sebanyak lima kali hingga bayi itu kenyang, akan menjadi anak susuan wanita berkenaan.

Selepas itu, si kecil akan serta-merta menjadi mahram yang sah kepada anak yang dilahirkan wanita ini. Mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin sama sekali.

Berbalik kepada situasi jika si suami terminum atau minum dengan sengaja, hal ini membingungkan sama ada yang berpendapat bahawa jika pasangan lelaki meminum susu badan isterinya, maka perkahwinan mereka terbatal.

Sesetengah ulama membahaskan perkara ini dengan mengatakan, hukumnya makruh sekiranya ia akhirnya menjejas penyusuan bayi pasangan suami isteri berkenaan. Maklum sahaja, si bayi atau cahaya mata mereka memerlukan susu badan ibu untuk membesar dan ia memang dikhususkan untuknya.

Jadi jika suami si wanita itu menghabiskan susu yang sepatutnya diberi kepada bayi mereka, ini bermakna lelaki itu mengehadkan pemberian zat dan nutrisi kepada anaknya.

Sekiranya suami menghabiskan susu itu sehingga memudaratkan anak, maka hukumnya boleh jadi haram.

Namun ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri berkenaan tidak terbatal jika si suami terminum susu badan isterinya. Ini adalah kerana menurut hadith, penyusuan hanyalah terbatas kepada kanak-kanak di dalam usia dua tahun pertamanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here