BMF: Buang sikap dengki, iri hati

0
231

CYBERJAYA 26 Nov. – Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) mesti diteruskan supaya boleh menjadi kuasa pendesak untuk hak pengguna Melayu dan Islam.

Memetik portal Ismaweb, setakat ini kempen BMF mendapat perhatian ramai sehingga berjaya menurunkan harga barangan, selain membantu meningkat pendapatan peniaga Muslim.

Ahli Jawatankuasa Pusat Tarbiyah, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Omar Kassim berkata, sejak kempen BMF dilancarkan, ramai juga peniaga Muslim semakin berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun secara kecil-kecilan.

“Peniaga kena berani mencuba. Letakkan matlamat dalam perniagaan yang diceburi. Yang penting buang sikap suka dengki antara satu sama lain. Fikirkan agenda umat yang lebih besar.

“Pada masa sama, pengguna pula kena terus untuk beli produk Muslim. Momentum BMF kena berterusan jangan separuh jalan sahaja,” katanya.

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata adalah penggerak utama dalam Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Sumber berita dari Ismaweb

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here