Brainy Bunch lebar sayap di Taman Melawati

0
581

CYBERJAYA 24 Nov. – Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch akan membuka kampus ketiganya tahun depan berikutan permintaan ibu bapa di sekitar ibu negara yang mahu meneruskan pendidikan anak-anak mereka di situ.

Pengasas Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kampus ketiga itu akan beroperasi di Taman Melawati, dekat sini setelah menerima tawaran mengambil alih fasiliti sebuah sekolah swasta berkeluasan 2.8 hektar.

Tambah beliau, langkah tersebut dibuat berikutan pengurusan sekolah swasta tersebut kerana berpindah ke tempat lain.

“Selepas melihat dan membuat penilaian dari pelbagai sudut, kami telah bersetuju untuk mengambil alih fasiliti berkenaan yang sangat sesuai untuk operasi kampus Brainy Bunch,” katanya seperti dipetik portal MBNews baru-baru ini.

Tambah Mohd. Fadzil, keputusan tersebut dibuat selepas melihat kawasan berkenaan strategik dan keadaan bangunan juga sangat baik.

Kata beliau, di Kuala Lumpur, terdapat kira-kira 20 kampus tadika Brainy Bunch bagaimanapun ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu yang terletak di #Cyberjaya kerana terlalu jauh.

Jelas beliau, pihaknya kini dalam peringkat akhir untuk menyusun pelan terakhir dan dijangka akan mula beroperasi pada Jun tahun depan.

”Insya-Allah kita akan mula beroperasi di Kuala Lumpur pada Jun 2020 dan menawarkan semua program sekolah antarabangsa kita dari peringkat ‘elementary’ hingga ‘high school’,” katanya.

Selain di Kampus Raudhah City, Cyberjaya, Brainy Bunch International School juga telah beroperasi di Johor Bahru menjadikan Kuala Lumpur sebagai kampus ketiga. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here