Brainy Bunch, tadika pertama diiktiraf MESTI

0
247

Mohd. Fadzil Hashim menerima Sijil MESTI daripada Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerajan Anugerah Keselamatan Makanan di Ibu pejabat Brainy Bunch Raudhah City di Cyberjaya hari ini. – MT/FARID JANUDIN

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

RAUDHAH CITY 4 Dis. – Central Kitchen Brainy Bunch menerima pensijilan MESTI menjadikannya tadika pertama di Selangor dan negara ini yang memperoleh pengiktirafan tersebut.

Dengan pensijilan itu, ia bermakna makanan yang disediakan Central Kitchen Brainy Bunch memenuhi kriteria halal, bersih dan kemas.

Pengasas Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, Brainy Bunch Kitchen Sdn. Bhd., entiti di bawah kumpulan itu adalah manifestasi kepada usaha Brainy Bunch bukan sahaja menyediakan pendidikan berkualiti tetapi merangkumi aspek keselamatan makanan.

Katanya, pihaknya membekalkan makanan kepada seluruh cawangan Brainy Bunch dari Lembah Klang hingga ke selatan tanah air.

“Setakat ini, sebanyak 70 peratus daripada kampus Brainy Bunch mendapat bekalan makanan dari Central Kitchen Brainy Bunch dan kami mempunyai perancangan untuk memperluaskannya ke seluruh negara pada masa akan datang jika ada permintaan,” katanya pada majlis penyerahan Anugerah Keselamatan Makanan di sini hari ini.

Anugerah itu disampaikan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim.

Central Kitchen Brainy Bunch yang beroperasi sejak lima tahun lalu menyediakan makanan berkualiti lebih 5,000 kanak-kanak tadika tersebut.

Selain mendapat Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ini merupakan pengiktirafan kedua Kumpulan Brainy Bunch yang mendapat sijil MESTI dari Kementerian Kesihatan.

Menurut Fadzil, pihaknya juga membuka peluang kepada pengurusan tadika lain sekiranya mahu mendapatkan bekalan makanan halal atau khidmat nasihat berhubung penyediaan makanan halal di tadika masing-masing. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here