Burns dihukum ancam bunuh Ardern, Sadiq

0
101
Matthew Burns.

Burns dihukum ancam bunuh Ardern, Sadiq

LONDON 7 Nov. – Seorang lelaki berusia 20 tahun dari County Armagh dijatuhi hukuman melakukan khidmat sosial selama 100 jam selepas membuat ancaman bunuh terhadap ahli politik berprofil tinggi.

BBC melaporkan, Matthew Burns mengaku bersalah menyiarkan ancaman bunuh secara dalam talian terhadap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Burns yang menetap di Dundalk Road, Newtownhamilton, berdepan lima pertuduhan.

Pendakwa menggariskan latar belakang kes, yang bermula apabila pihak berkuasa New Zealand menghubungi Unit Jenayah Siber, Perkhidmatan Polis Northern Ireland mengenai ancaman bunuh di Twitter terhadap Ardern susulan tragedi serangan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurh pada Mac lalu.

Suspek juga mengancam Sadiq dan isterinya di media sosial.

Di Mahkamah Majistret Newry, Hakim Eamonn King berkata, tingkah laku suspek telah mencipta ‘monster’. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here