Chesterfield: Sofa buatan tempatan tembusi pasaran dunia

0
534

Jika diimbas pada dunia rekaan dalaman, rata-rata kita hanya melihat sofa Chesterfield hanya mendapat tempatnya di istana kediaman diraja Eropah, ruang legar hotel mewah, pejabat perniagaan gah yang terkemuka, restoran lima bintang atau kediaman bangsawan dan orang-orang kenamaan.

Begitulah sinonimnya rekaan dan kedudukan status sofa Chesterfield. Ciri-ciri kemewahan dan bentuknya yang elegan tidak dapat dipisahkan bagi setiap penggiat industri hiasan dalaman seluruh dunia.

Pengasas Bardeaux Meuble Sdn Bhd (Bardeaux), Mohamad Amir Mohamad Zain dan isterinya, Nur Baidura Hatta melihat sofa Chesterfield bukan hanya berfungsi sebagai tempat duduk di ruang tamu tetapi ia juga merupakan medium ekspresi diri yang menempatkan status pemiliknya yang mampu bercerita pelbagai kisah mengenai diri empunya sofa.

“Chesterfield mencerminkan sofa yang dicorakkan sempurna untuk kemewahan, keselesaan dan kecanggihan. Selama hampir 10 tahun, Bardeaux begitu berani membawa tema kemewahan yang boleh diserasikan di setiap kediaman rakyat Malaysia dengan harga yang menarik dan mampu milik,” katanya.

Amir berkata, bermodalkan RM500,000 mereka memberanikan diri menjalankan perniagaan perabot dengan menawarkan sofa Chesterfield dan perabot lain melalui platform atas talian sahaja.

Amir dan isterinya berani menyahut cabaran terlibat dalam perniagaan perabot mewah. Menurutnya, bagi pelanggan bukan mudah untuk mencari sofa paling sesuai untuk diserasikan dengan ruang tema di kediaman.

“Dalam pasaran perabot sahaja, terdapat lebih 3,000 model sofa dengan pelbagai corak, material, warna, bentuk dan rekaan. Ada yang mengadu sukar untuk membuat pilihan kerana sofa bukan dibeli pada setiap hari,” katanya.

Amir berkata, melalui penjelajahannya ke seluruh pelosok dunia, pelanggan tidak akan tersalah pilihan dengan konsep bertemakan Chesterfield kerana semua ekspresi sofa jenis itu mampu mencuri perhatian setiap mata yang memandang apabila berada di ruang tamu kediaman anda.

“Sama ada tema moden atau klasikal, Bardeaux memberi inspirasi dengan membawakan tema evergreen sesuai sepanjang zaman dengan model paling berkualiti sofa Chesterfield bagi pasaran Malaysia,” katanya.

Dengan dibaluti kulit mewah dari aniline lembu, gaya klasik malar segar menjadi barang perabot yang sangat dicari bagi pemilik rumah dari setiap penjuru dunia merentasi sempadan kaum dan budaya.

Amir berkata, ketika memulakan perniagaan tersebut, beliau pernah terfikir dan bertanya kepada diri sendiri iaitu bagaimana satu perabot menjadi idaman pelbagai budaya yang berbeza terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya dapati solusi tersebut melalui pembacaan sejarah Chesterfield ketika menetap di kota Paris selama empat tahun. Malahan, ketika membaca, saya tidak sedar yang saya sendiri sedang duduk di atas sebuah sofa Chesterfield.

“Berlatar belakang sebagai bekas pengamal undang-undang, ia seolah-olah menjadi fitrah semula jadi saya sebagai seorang peguam untuk meminati sofa Chesterfield ini.

“Minat yang mendalam terhadap sofa ini, saya mengambil keputusan untuk membawa sofa Chesterfield dalam perniagaan kami,” katanya.

Sementara itu, Baidura berkata, mereka memilih untuk membiarkan persoalan itu menjadi misteri bagi peminat Sofa Chesterfield, itulah naratif pilihan bagi Bardeaux.

“Dengan peredaran zaman, sofa ini telah pun diglobalisasikan dan diterima oleh semua bangsa dan ia milik semua,” katanya.

Amir berada di galeri perabot Bardeaux Furniture di Bangi, Selangor.

Baidura berkata, Bardeaux mengetengahkan sofa Chesterfield dengan kualiti paling premium bagi kategori yang tersendiri dengan harga yang berpatutan.

“Setiap model adalah buatan tangan dan akan melalui kajian yang amat rapi bagi menjamin kekemasan dengan menggunakan material grad tertinggi bagi kepuasan pelanggan. Sofa Bardeaux yang sama dieksport ke England, Amerika Syarikat, Australia, Uzbekistan dan serata dunia,” katanya.

Amir dan Baidura berani membawa idea baharu dengan memperkenalkan ‘Chesterfield Jesterfield’ pertama di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Amir berkata, bertemakan kulit asli pelbagai warna vintage, Bardeaux berinspirasi untuk membawa kebahagiaan dan senyuman ke dalam ruang tamu pelanggan dengan sofa bersenikan deco Jesterfield.

“Jesterfield ini uniknya ia digosok ‘wash-off’ selama untuk beratus-ratus jam untuk mencapai rupa antik vintage abadi. Kami yakin, Bardeaux Jesterfield Sofa mampu menonjol seperti tiada yang lain dan ianya terlalu iconic yang patut anda dimiliki.

“Kami ingin eratkan sofa dengan pemiliknya agar pemilik Jesterfield mampu menjadi Picasso yang tersendiri,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here