Hanya sehelai jersi tersilap cetak bendera Perak

0
101

CYBERJAYA 27 Nov. – Gambar yang tular seorang pemain bola keranjang memakai jersi dengan bendera Perak terbalik disebabkan kesilapan cetakan oleh pembekal.

Memetik akaun Facebook Perak Gazette Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, namun daripada 24 jersi, hanya sehelai sahaja yang tersilap cetak bendera negeri Perak.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh jurulatih pasukan yang dihubungi oleh pejabat beliau.

“Pihak pengurusan pasukan mendapati kesilapan cetakan hanya berlaku pada sehelai jersi sahaja.

“Mereka telah memohon maaf atas kesilapan tersebut dan berjanji tidak akan mengulang kesilapan seumpama itu.

“Bagaimanapun, kita akan menghantar satu surat tunjuk sebab untuk menjelaskan isu ini secara formal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, gambar kesuluruhan pemain bola keranjang pasukan Perak menunjukkan hanya seorang pemain sahaja yang memakai jersi bendera Perak dalam keadaan terbalik.

Difahamkan pasukan bola keranjang Perak telah mengambil bahagian dalam satu kejohanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di Kuala Lumpur.

Terdahulu, tular dalam media sosial gambar seorang pemain bola keranjang memakai jersi dengan bendera Perak dalam keadaan terbalik.

Sumber berita dari Perak Gazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here