Himawari tampil stailo, pratikal, selesa

0
213

“Comelnya beg awak ini. Beli di mana?” Stailo, pratikal dan selesa. Itulah tarikan utama beg galas pelbagai warna dan stail, Himawari.

Rekaan kasual ini sesuai untuk mereka yang pentingkan gaya dan keselesaan.

Menariknya, ia direka untuk tahan lasak yang digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti seharian , sama ada ke universiti, sekah, melancong atau bersiar.

Himawari popular dengan rekaannya yang pratikal kerana terdapat poket-poket di dalam dan luar beg bersaiz kecil , sederhana dan besar.

Justeru anda boleh menyusun atur barang yang hendak dibawa dengan lebih kemas dan teratur.

Rekaan ini memudahkan anda mencari barang dan tidak berselerak dalam satu beg.

Tidak ketinggalan, keselesaan beg galas terletak pada tali bahu. Himawari mengutamakan kualiti. Koleksi ini sesuai bagi mereka yang mencari beg untuk menghilangkan rasa lenguh pada bahu kerana rekaan tali beg ini membuatkan bahu anda rasa sangat selesa.

Malah beg ini pun sangat ringan berbanding beg biasa.

Menceritakan lebih lanjut tentang koleksi ini, rakan kongsi pengedar sah jenama Himawari di Malaysia dan Indonesia, Zuraini Musa berkata, potensi yang ada pada Himawari sangat tinggi kerana ciri-ciri istimewanya yang menawan dan berbaloi untuk dimiliki.

“Kami mengenali jenama ini ketika ke China bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim dalam satu trip perniagaan ke negara itu.

“Melihat potensi yang ada, kami telah berbincang dan berjaya mendapatkan hak sebagai pengedar sah di Malaysia dan Indonesia daripada pihak jenama tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Himawari akan membuka butik pertama di Malaysia yang terletak di pusat beli belah Malakat Mall, Cyberjaya pada tahun hadapan.

Orang ramai yang ingin membeli beg ini boleh melayari laman sesawang https://himawariasia.com atau menghubungi talian 011-1036 5667. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here