Hina Jalur Gemilang perbuatan melampau

0
72

CYBERJAYA 26 Nov. – Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap penghinaan bendera negara, Jalur Gemilang kerana ia satu perbuatan melampau dan mesti diambil tindakan.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, rakyat melihat sejauhmana ketegasan kerajaan dalam menangani isu itu.

“Rakyat akan melihat sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang diberi peluang hidup dalam negara ini tapi menghina negara.

“Jika mereka terlepas, ia menunjukkan sama ada kerajaan tidak serius dalam isu sebegini atau kerajaan boleh dipersendakan,” katanya menerusi status akaun Facebook milik beliau malam tadi.

Tambah Mohd. Asri, kedua-duanya buruk untuk masa depan sebuah kerajaan yang ingin menguruskan negara secara berdaulat.

“Kita meminta ketegasan kerajaan hari ini untuk bertindak dalam kes itu,” ujarnya.

‘Budak 5 tahun boleh tahu bendera Malaysia’

Sejak semalam, satu video berhubung insiden itu tular dalam media sosial dan mendapat pelbagai kecaman daripada warga maya.

Menerusi video berdurasi seminit 42 saat itu, kelihatan gambar bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima dipaparkan dalam skrin televisyen bersama logo Westport yang menaja kejohanan itu.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Han dalam satu kenyataan memohon maaf dan menyatakan pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan itu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here