‘Ini soal kedaulatan negara’

0
101

CYBERJAYA 3 Dis. – “Ini soal kedaulatan negara yang terancam. Bukan perkara kecil. Ini bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali isu komunis yang tercetus sejak akhir-akhir ini.”

Itu penegasan Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berhubung pelbagai isu timbul berkaitan ideologi itu sejak kebelakangan ini yang menimbulkan keresahan rakyat negara ini.

Menurut beliau, kerajaan tidak perlu bersikap apologetik atau berkompromi dalam isu komunis di negara ini walaupun ada hubungan ekonomi dengan China.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson) sepatutnya mendesak pihak terlibat untuk menghentikan aktiviti-aktivit yang mempromosi gerakan komunis di negara ini, bukannya melindungi dan memperkecilkan isu ini seolah-olah tiada apa-apa sebabnya.

“Simpatisan (mungkin penggerak) mereka sudah menjadi kerajaan dan memegang posisi pembuat polisi kerajaan, bukannya duduk di luar seperti dahulu lagi. Ini sangat bahaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa isu timbul sejak akhir-akhir ini berkaitan komunis yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat.

Aminuddin menambah, tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur dan beliau turut mempersoalkan mengapa sensitif dengan Daesh tetapi tidak kepada Parti Komunis Malaya (PKM) kerana kedua-duanya adalah sangat bahaya.

“Jangan kerana mahukan kuasa politik, kita gadaikan negara dan rakyat. Sikap sebegini adalah sangat tidak bermaruah,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here