iPhone bakal dilengkapi skrin OLED

0
77

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

CYBERJAYA 3 Dis. – Telefon pintar terbaharu Apple, iPhone 12 dilaporkan akan dilengkapi ciri-ciri yang lebih canggih dengan paparan skrin OLED berbanding LCD sebelum ini.

Ia didedahkan laman web Korea, ET News walaupun peranti tersebut tidak mungkin berada di pasaran sebelum musim luruh 2020.

Menurut laporan AFP Relaxnews, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max masing-masing sudah dilengkapi skrin OLED 5.8 inci dan 6.5 inci manakala iPhone 11 sahaja masih menggunakan skrin LCD 6.1 inci.

“Berdasarkan ET News, iPhone 12 Pro, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro Max masing-masing akan dilengkapi dengan skrin 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci. Salah satu model ini akan disesuaikan dengan keupayaan 5G” jelas laporan itu.

Apple pernah dilaporkan mahu beralih kepada skrin OLED pada 2020 menerusi tiga model baharunya yang mana ia lebih nipis, responsif dan menawarkan paparan imej yang lebih kontras serta warna hitam yang lebih dalam.

“Skrin OLED juga lebih fleksibel sekali gus mendorong Apple untuk mengeluarkan model dengan paparan melengkung yang pertama,” katanya.

Jelas laporan berkenaan, Samsung dan LG kemungkinan akan membekalkan skrin OLED kepada Apple. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here