Itu palsu!

0
45

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

CYBERJAYA 3 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa Empangan Cameron Highlands terpaksa dibuka untuk mengelakkan ia pecah sehingga menimbulkan kerisauan penduduk di situ.

Menurut status akaun Facebook TNB Careline sehingga kini, air yang dikeluarkan untuk tujuan penjanaan kuasa adalah terkawal.

“Perbuatan tidak bertanggung jawab ini amat mengelirukan sehingga boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sah di media sosial,” kata status akaun Facebook tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here