Jamu durian di Kem Outworld Gopeng

0
179

CYBERJAYA 3 Dis. – Aktiviti lasak dan pesta durian mungkin tidak kedengaran seperti satu kombinasi yang logik tetapi itulah yang ditawarkan oleh pengusaha kem Outworld White Water Centre & Basecamp di Gopeng, Perak.

Setiap tahun bermula Disember hingga Februari ini, kem yang popular dengan tarikan aktiviti White Water Rafting dan meneroka gua itu menawarkan pakej makan durian dalam suasana perkelahan dan pasti melengkapkan jadual cuti anda.

Terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, kem ini menyediakan pelbagai jenis penginapan khemah yang dilengkapi dengan lampu dan kipas untuk keselesaan seisi keluarga.

Pakej penginapan ditawarkan pada harga RM80 sehingga RM120 dengan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, tempat BBQ, peti ais, dapur dan tandas.

Tarikan berhampiran kem termasuk:
-Kampar River
-Tempurung cave
-Ulu Geruntum waterfall
-Kellie’s Castle

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Haslil Rasif di talian 017-2151409.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here