‘Jangan permainkan bendera Malaysia’

0
168

CYBERJAYA 26 Nov. – Isu bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima yang tular semalam turut menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini.

Menurut ciapan dalam akaun Twitter Seri Paduka, bendera itu merupakan simbol kedaulatan negara dan tidak boleh dipermainkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen,” titah Tunku Azizah menerusi ciapan akaun Twitter milik Seri Paduka.

Sejak semalam satu video berhubung insiden tular dalam media dan mendapat pelbagai kecaman daripada warga maya.

Kejadian itu berlaku kerana kesilapan penganjur memaparkan bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima pada majlis pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun chak bawah 15 ke128 di Kuala Lumpur.

Kesilapan itu membuatkan warga maya membidas tindakan pihak penganjur yang tidak sensitif terhadap bendera Malaysia.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here