Kerja gila Innes

0
90
Innes (kanan) bersama perampas pesawat EgyptAir 181, Seif Eldin yang kelihatan memakai alatan menyerupai bahan letupan dibadannya. – AGENSI

CYBERJAYA 26 Nov. – Ada banyak ‘kerja gila’ yang mungkin pernah kita lakukan, tapi hanya berapa orang sahaja pernah bergambar dengan perampas kapal terbang?

Ben Innes dari Leeds, United Kingdom, mungkin merupakan individu unik yang pernah melakukan ‘kerja gila’ sedemikian dan masih hidup untuk menceritakan pengalaman beliau.

Dalam insiden yang berlaku pada tahun 2016, Innes dan 55 penumpang bersama tujuh anak kapal pesawat EgyptAir MS181 yang dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kaherah, menjadi tebusan kepada Seif Eldin Mustafa, seorang warga Mesir yang merampas pesawat tersebut.

Perampas tersebut, yang dipercayai memakai bahan letupan di badannya, mengarahkan agar pesawat itu dilencongkan ke Cyprus, dan sejurus mendarat, perampas telah membebaskan 53 penumpang dan empat anak kapal.

Innes berkata, demi menceriakan suasana yang sedia tegang, beliau mengambil keputusan untuk bergambar dengan perampas tersebut.

“Saya terfikir, mengapa tidak? Kalau dia letupkan dirinya pun, ia tidak akan menjadi masalah. Saya bukannya kehilangan apa-apa pun,” kata Innes.

Insiden tersebut berakhir apabila perampas terbabit menyerah diri kepada pihak berkuasa, dan ‘bahan letupan’ yang didakwa dipakai hanyalah palsu. Dan siasatan mendapati rampasan tersebut adalah bermotifkan permohonan suaka politik.

Jadi, bagaimana? Berani buat ‘kerja gila’ macam Innes? – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here