Kes HIV meningkat akibat hubungan sejenis

0
301

CYBERJAYA 28 Nov. – Corak jangkitan penyakit HIV di negara ini menunjukkan tanda yang semakin membimbangkan sejak tahun lalu apabila separuh daripada jumlah kes berlaku akibat hubungan sejenis sesama lelaki.

Menurut Kementerian Kesihatan, corak jangkitan HIV di negara ini berubah sejak pertama kali penyakit digeruni itu ditemui di Malaysia pada 1986.

“Bermula tahun 1990, majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah kerana perkongsian jarum suntikan sesama mereka. Angka ini menurun kurang daripada separuh daripada jumlah jangkitan yang berlaku pada 2010, namun, jangkitan heteroseksual berlaku peningkatan.

“Corak ini berubah pada 2018 di mana lebih separuh daripada jumlah kes berlaku akibat hubungan sejenis sesama lelaki dan hanya tiga peratus sahaja daripada jumlah kes adalah daripada perkongsian jarum suntikan,” katanya seperti dipetik dalam laman Facebook kementerian itu hari ini.

Tambahnya, selain jangkitan melalui jarum suntikan dan hubungan seksual, HIV juga boleh berjangkit melalui jangkitan ibu kepada bayi dalam kandungan, kesilapan pemindahan darah atau organ dan kemalangan tercucuk jarum ketika mengendalikan jarum suntikan.

Di Malaysia, jumlah kes terkumpul HIV sejak tahun 1986 hingga 2018 bagi individu yang dijangkiti HIV adalah 118, 883 kes manakala kes AIDS pula adalah 25,925 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here