KFC Malaysia kini di Shopee

0
272

KUALA LUMPUR – KFC Malaysia mempertingkatkan pengalaman digital pelanggan menerusi pelancaran KFC Store menerusi satu daripada platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee.

Titik sentuhan terbaharu itu diperkenalkan sejajar dengan strategi berfokuskan pengguna, di dalam usaha untuk meningkatkan jumlah produk dan perkhidmatannya di landasan digital.

Kini, para pelanggan boleh menikmati kemudahan bersama lebih nilai menerusi promosi KFC Self Collect, di platform e-dagang berkenaan.

Istimewa sempena Shopee 11.11 Big Sale yang bakal tiba, KFC Malaysia bakal membawakan ganjaran menarik buat para pelanggannya menerusi kerjasama bersama Shopee, sepanjang hari – eksklusif pada 11 November.

Para pelanggan dapat menikmati hidangan KFC kegemaran mereka dengan diskaun menarik melalui promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ serta ‘Shocking Sales’ khas buat KFC Self Collect.

Perkhidmatan Self Collect ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk memesan KFC secara atas talian dan mengambil pesanan mengikut lokasi KFC dan masa pilihan masing-masing.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva berkata, bagi mempertingkat kualiti pengalaman pelanggan, KFC Malaysia melaksanakan beberapa inisiatif untuk menyediakan kemudahan menikmati hidangan lazat kami di luar suasana restoran.

“Telefon mudah alih semakin mendominasi kehidupan seharian kita dan ianya kini dilihat sebagai salah satu titik jualan. Di dalam hal ini, kami mahu memastikan bahawa kami dapat menyediakan perkhidmatan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Dengan KFC Self Collect, para pelanggan kini tidak perlu beratur panjang dan dapat menikmati KFC di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Kami berharap semua pelanggan dapat menikmati promosi istimewa yang kami sediakan di Shopee,” katanya dalam kenyataan di sini.

Shopee 11.11 Big Sale tahun ini merupakan jualan terbesar bagi platform e-dagang berkenaan, dengan pengenalan ciri-ciri terbaharu, mainan serta teknologi yang dipertingkat, di samping kehadiran jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang telah menyertai platform berkenaan sepanjang tahun lalu.

Ia bakal menampilkan permainan-permainan menarik di dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg and Shopee Quiz on the App yang didatangkan dengan ‘Shopee Coins’ dan baucar untuk dimenangi. Sejumlah 11 juta pesanan diterima pada 11 November tahun lalu, iaitu 24 kali ganda peningkatan berbanding pada tahun pertama kempen Shopee 11.11 Big Sale dijalankan pada 2016.

Lawati KFC Official Store di Shopee Mall untuk membeli e-baucar KFC Self Collect yang boleh ditebus di restoran KFC terpilih seluruh Malaysia.

Selepas pembayaran selesai, pelanggan akan menerima notifikasi yang mengandungi kod e-baucar berkenaan. Log masuk ke aplikasi KFC atau KFC.com.my dan gunakan kod e-baucar berkenaan untuk membuat pesanan.

Pelanggan dapat memilih restoran, tarikh dan masa untuk mengambil pesanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here