Konsep 1 Rumah 1 Ustaz di Raudhah City

0
448

Raudhah namanya membawa maksud salah satu taman-taman di syurga.

Begitulah impian indah yang bakal direalisasikan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City Sdn. Bhd., Mohd. Fadzil Hashim.

Pun begitu, bukan mudah membangunkan sebuah perbandaran berkonsepkan Islam.

Ada yang kata mustahil, menjadikan betapa sukarnya menarik kepercayaan pelabur di peringkat awal.

Inilah cabaran awal pembinaan bandar Islam moden yang dilaksanakan oleh Mohd. Fadzil.

Namun siapa sangka projek perumahan dikenali sebagai PKNS Raudhah Ville @ Raudhah City dan harga ditawarkan bermula RM1 juta seunit, kini sudah pun dibina.

Selain itu ada juga unit kediaman mampu milik turut dibina yang akan dilaksanakan mengikut fasa pembinaan.

Uniknya di setiap kawasan perumahan di Raudhah City, dilengkapi pusat komuniti Islam yang sama fungsinya seperti ‘Club House’.

Selain pembinaan surau yang mampu menampung sehingga 2,000 jemaah dalam satu-satu masa, pusat komuniti Islam ini turut dilengkapi bilik seminar dan kaunseling; kolam renang; gimnasium; suite untuk tetamu dan perpustakaan mini berkonsepkan mesra keluarga Muslim.

Tidak ketinggalan, setiap pusat komuniti Islam ini akan ada panel syariah yang akan menentukan peraturan dan etika penggunaan setiap kemudahan disediakan.

Pusat komuniti Islam inilah yang akan menjadi nadi kepada penduduk melakukan pelbagai aktiviti.

Setiap fasa akan mempunyai pusat komuniti Islam tersendiri.

Raudhah City akan melaksanakan konsep 1 Rumah 1 Ustaz supaya setiap keluarga ada akses kepada ilmu agama terus kepada pakar.

Jika pemilik rumah tidak mempunyai pembantu rumah, Raudhah City akan menyediakan khidmat ‘Commercial-Maid’ dengan jumlah bayaran yang rendah setiap bulan.

Selain nilai ditawarkan, kedudukan Raudhah City amat strategik.

Lokasinya menghubungkan kemudahan jaringan jalan raya ke beberapa lebuh raya ELITE, SKVE, MEX serta hanya 15 minit ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Bandar ini akan menjadi sebuah bandar contoh bercirikan Islam moden, patuh syariah dengan beri penekanan aspek keselamatan, kelestarian bandar dan perhubungan pintar antara bandar.

Berbeza dengan pembangunan di perbandaran lain iaitu kebiasaannya pemaju fokus pada pembinaan pusat pengajian tinggi dan kolej.

Perbandaran itu dianggap berjaya dengan tertubuhnya sebuah universiti.

Tetapi di Raudhah City, penubuhan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch menjadi pemangkin kepada konsep pembangunannya.

pertama membabitkan kluster pendidikan awal dengan pembukaan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch yang sudah beroperasi dua tahun. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here