Konsert Hujung Tahun Brainy Bunch curi perhatian

0
231

CYBERJAYA 30 Nov. – Konsert Hujung Tahun Brainy Bunch 2019 yang diadakan di kampus ibu pejabat institusi montessori Islam di Cyeberjaya di sini hari ini berlangsung dalam suasana penuh meriah.

Walaupun di usia cilik, aksi dan ketrampilan yang ditonjolkan oleh murid-murid Brainy Bunch dari beberapa cawangan di Selangor dan Lembah Klang mencuri perhatian ribuan ibu-bapa yang hadir pada konsert dua hari yang bermula hari ni.

Acara yang dibahagikan kepada sesi pagi dan petang itu bermula dengan solat berjemaah oleh murid yang disiarkan secara langsung.

Majlis kemudian diserikan lagi dengan bacaan beberapa surah al-Quran.

Konsert itu merupakan acara tahunan yang diadakan untuk meraikan pencapaian murid dalam pendidikan akademik, pembangunan sahsiah dan aktiviti kokurikulum.

Kemuncak acara dimeriahkan dengan persembahan teater penuh kreatif dan berwarna-warni melalui peragaan kustom watak kartun dan animasi oleh murid yang bersaing mewakili cawangan institusi masing-masing.

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, penganjuran itu bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa menyaksikan pencapaian anak-anak mereka selain berhubung dengan tenaga pengajar dan pihak pengurusan tadika berkenaan.

“Perhimpunan murid dan ibu bapa yang diadakan beberapa kali setahun ini diharap dapat menyampaikan visi dan misi pendidikan Brainy Bunch kepada masyarakat umum.

“Sebagai sebuah montesssori Islam, kami sentiasa memberi keutamaan kepada asas pendidikan agama dan pada masa sama memberi penekanan kepada penguasaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantar sepenuhnya,” katanya.

Mohd. Fadzil berkata, matlamat utama pendidikan Brainy Bunch adalah melahirkan generasi baharu yang menjalani kehidupan berpaksikan al-Quran dan Sunnah.

Sejak ditubuhkan lebih sedekad lalu, Brainy Bunch kini mempunyai 103 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di Singapura, Indonesia serta sekolah amal di Palestin. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here