Lagu kebangsaan Singapura dirakam semula

0
225

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

CYBERJAYA 2 Dis. – Rakaman lagu kebangsaan Singapura yang bertajuk Majulah Singapura akan diperbaharui sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 lambang negara tersebut.

Menurut laporan berita Mediacorp, versi yang digunakan sekarang dirakam pada 2001.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu selepas menghadiri satu acara karnival sukan di Jurong, Singapura.

“Rakaman baharu ini akan membolehkan kita berfikir tentangnya dan mendengar dengan penuh teliti lagu kebangsaan sekali lagi. Jadi saya rasa ia amat simbolik dan bermakna bagi kita memainkan versi baru ini pada 11.20 pagi, 3 Disember ini,” ujarnya.

Menurut Berita Mediacorp, rakaman baharu itu akan mempunyai mutu yang lebih tinggi dengan menggunakan peralatan studio kontemporari dan berdasarkan susunan muzik asal.

Lagu Majulah Singapura diperkenalkan sebagai lagu kebangsaan Singapura pada 1959.

Sebagai sebahagian daripada sambutan 60 tahun bendera Singapura, lagu kebangsaan dan jata negara, versi baru lagu kebangsaan akan dirakamkan bersama Orkestra Simfoni Singapura.

Rakaman baharu itu akan pertama kali dimainkan di semua stesen radio Singapura, esok.-MT

Susunan asal lagu kebangsaan Singapura, Majulah Singapura yang dicipta oleh Zubir Said dalam bahasa kebangsaan Singapura pada 1958.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here