Lagu Negaraku: Polis buka kertas siasatan

0
70

CYBERJAYA 6 Dis. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzif Mohamed berkata, polis membuka siasatan mengenai dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti tular dalam media sosial hari ini.

Memetik agensi berita Bernama, walaupun video itu sudah lama, pihak akan membuka kertas siasatan mengenai isu tersebut.

“Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hari ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi satu minit 22,saat itu yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here