Letupan di Monas, dua anggota tentera tercedera

0
87

CYBERJAYA 3 Dis. – Dua anggota tentera dilaporkan tercedera dalam satu insiden letupan di kawasan Monumen Nasional (Monas) di Jakarta, Indonesia, pagi tadi.

Memetik laporan Reuters, letupan tersebut diakibatkan oleh sebutir bom asap yang ditemukan oleh kedua anggota tersebut ketika sedang melakukan riadah pagi.

Menurut Ketua Polis Jakarta, Gatot Eddy Pramono, mangsa yang tercedera telah dihantar ke hospital.

“Kami sedang menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti adakah ia satu serangan (pengganas) atau akibat kecuaian,” kata Gatot. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here