MetMalaysia keluarkan amaran angin kencang, laut bergelora

0
78

CYBERJAYA 4 Dis. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga dijangka sehingga Selasa depan.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memberitahu, amaran angin kencang Timur Laut kategori ketiga dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, timur laut Bunguran dan barat laut Reef South.

Jabatan itu berkata, angin kencang Timur Laut dijangka dengan kelajuan 60 sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” kata kenyataan itu.

Sementara, amaran kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, Bunguran, tenggara Reef South, tenggara Samui, Palawan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Bagi kawasan perairan Samui dan Sulu, amaran kategori pertama dikeluarkan dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak mencapai sehingga 3.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, “ kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here