Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi ceramah dalam Spotify

0
64

CYBERJAYA 30 Nov. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengorak langkah apabila memasukkan ceramah beliau melalui akaun Spotify sekali gus menerima reaksi positif dalam kalangan warga maya.

Perkara tersebutdikongsi sendiri oleh Zulkifli dalam akaun rasmi Twitter miliknya dan menyeru orang ramai memuat turun Spotify serta mengikuti beliau untuk mendapatkan info mengenai Islam serta isu-isu dan persoalan tentang agama.

“Mufti Wilayah Persekutuan kini di Spotify. Muat turun aplikasi Spotify di Google Play Store dan App Store untuk mendengar audio kuliah terus ke telefon pintar anda. Klik https://spoti.fi/2QWgUBQ untuk follow,” tulisnya.

Berdasarkan semakan dalam aplikasi Spotify mendapati Zulkifli memasukkan sebanyak tujuh rakaman dalam tempoh dua hari bermula semalam.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 2,900 ulang kicau, sebanyak 3,200 tanda suka dan rata-rata netizen menganggap ia adalah waktu yang tepat untuk melanggan Spotify. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here