Murid Brainy Bunch bukan biasa-biasa

0
550
SAFRIZAL AZMI

CYBERJAYA 1 Dis. – Kemampuan murid-murid prasekolah Brainy Bunch menguasai dengan baik ilmu dunia dan akhirat dalam usia masih muda antara tarikan utama kepada ibu bapa memilih montessori Islam itu sebagai tempat mendapatkan pendidikan awal.

Lebih mengujakan, rata-rata ibu bapa yang melihat sendiri prestasi anak-anak mereka sangat berpuas hati dengan perubahan positif yang berlaku dalam tempoh singkat.

Menurut seorang bapa, Safrizal Azmi, sejak anaknya, Safia Sofia, 6, memasuki montessori tersebut pada usia empat tahun, banyak perubahan positif berlaku antaranya kemampuan menguasai bahasa Inggeris dengan baik di samping bahasa Melayu.

“Sepanjang tiga tahun banyak surah yang berjaya dia hafal, selain itu setiap hari di rumah juga dia akan berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris selain bahasa Melayu.

“Pada saya, proses pengajaran dan pembelajaran di Brainy Bunch sangat menarik dengan memberikan lebih banyak penekanan kepada motivasi diri dan tunjuk ajar untuk mereka mampu hidup berdikari,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di sini hari ini.

MUHAMMAD AZFAR MOHD FARID

Dalam pada itu, menurut seorang lagi bapa, Muhammad Azfar Mohd. Farid, dia mempercayai montessori Islam itu dapat memberi pendidikan awal yang terbaik kepada anaknya selepas melihat perubahan positif terhadap anak sulungnya, Qays Eusoff, 6, yang dihantar sejak berusia dua tahun lagi.

“Anak sulung saya ini sudah berusia enam tahun dan tahun hadapan akan mula menjejakkan kaki ke tahun satu. Selain dia, saya juga menghantar seorang lagi anak saya, Mariya Qayla yang kini berusia tiga tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang belajar di sini mereka dapat menguasai banyak ilmu terutama bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu serta mampu menghafal banyak ayat-ayat dalam al-Quran,” ujarnya.

NABIRA MANSOR

Turut berkongsi pandangan serupa ialah Nabira Mansor yang merupakan ibu saudara kepada Kasih Nialaila Rahman, 5, berkata, sebagai anak tunggal dalam keluarga, anak saudaranya itu sangat manja dan sukar berenggang dengan ibu bapanya.

Namun, selepas memasuki montessori tersebut, anak saudaranya itu lebih berkeyakinan dan mampu hidup berdikari.

PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim

Dalam pada itu, menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim, biarpun pengajian di Brainy Bunch bermula pada peringkat tadika, misi lebih besar telah ditetapkan pihaknya untuk menyediakan generasi cemerlang pada masa hadapan.

Menyentuh mengenai hari terakhir konsert tahunan itu, katanya, beliau menerima banyak reaksi positif daripada pihak ibu bapa yang sangat berpuas hati dengan penambahbaikan dibuat pada tahun ini.

“Hari ini merupakan hari terakhir untuk siri ke-28 Konsert Tahunan Brainy Bunch, rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan pencahayaan pentas, perjalanan program dan pengisian terutamanya pendedahan anak-anak ini pada surah seperti surah al-Waqiyah dalam al-Quran yang jarang diajar di tadika-tadika lain,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here