Paras sungai di negeri Pantai Timur mula catat paras bahaya

0
215
PARAS air di sungai Lebir di Kelantan yang semakin naik berikutan hujan lebat sejak semalam. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA 30 Nov. – Penduduk di tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan diminta berjaga-jaga apabila terdapat beberapa batang sungai utama di negeri tersebut menunjukkan peningkatan apabila melebihi paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, paras air di Jabatan Permaisuri dan Sungai Nerus, Setiu; Sungai Besut, Besut serta Sungai Dungun, Dungun di Terengganu mencatatkan paras bahaya.

Di Pahang pula empat sungai iaitu di Sungai Tembeling, Sungai Kuantan, Sungai Belat dan Sungai Lepar turut menunjukkan amaran berjaga-jaga.

Sementara itu, di Kelantan penduduk di Sungai Golok dan Sungai Lebir diminta mengambil langkah berjaga-jaga apabila paras air mencatatkan tanda amaran.

Kawasan lain di Kelantan pula seperti di Sungai Golok di Jenob, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan tanda berjaga-jaga.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir.-MT

Paras air di sungai Lebir di Kelantan yang semakin naik berikutan hujan lebat sejak semalam. – Gambar media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here