
RIYADH 7 Nov. – Sekumpulan pelajar yang menaiki sebuah bas sekolah di Tayma, Arab Saudi nyaris maut apabila pemandu kenderaan tersebut meninggal dunia selepas terkena serangan jantung.
Khaleej Times melaporkan, melihat keadaan bas yang tidak terkawal, seorang pelajar, Nahar Al Anzi, mengambil alih stereng dan mengawal serta menghentikan kenderaan.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, semua pelajar berkenaan selamat.
Bas itu mengalami sedikit kerosakan selepas merempuh halangan di jalan raya. – MT