Pengiktirafan Baitulmaqdis pencabulan sejagat

0
53

MALAYSIA melihat pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bukan sahaja mencabuli hak bangsa Arab dan Islam tetapi juga soal sejagat termasuk agama Kristian sendiri.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menegaskan, pengiktirafan itu merupakan pelanggaran hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib mereka seperti termaktub menerusi resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah satu sokongan terhadap dasar Israel yang kebanyakannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Sebarang percubaan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel termasuk menubuhkan atau memindahkan misi diplomatik ke bandar itu dianggap sebagai pencerobohan bukan sahaja terhadap bangsa Arab dan Islam, tetapi juga melanggar hak penganut Kristian,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menjelaskan keputusan sedemikian akan menjadikan terhadap usaha penyelesaian Palestin menemui jalan buntu.

“Ia menamatkan segala usaha yang dilakukan dunia kepada penyelesaian masalah Palestin.

“Malah ia akan membawa kesan yang serius bukan sahaja terhadap keselamatan dan kestabilan rantau itu, tetapi akan menimbulkan sentimen dan usaha untuk memerangi keganasan semakin sukar,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Wisma Putra memaklumkan, Malaysia amat prihatin terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Malaysia mengesa semua anggota PBB untuk tidak mengiktiraf sebarang perubahan dalam persempadanan sebelum 1967 ttermasuk berkaitan dengan Baitulmuqaddis.

“AS mesti menimbang semula keputusannya,” jelas kenyataan itu lagi.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengumumkan bahawa AS pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here