Perhimpunan bekas komunis haram!

0
97

CYBERJAYA 3 Dis. – Perhimpunan yang diadakan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) baru-baru ini di Kajang melanggar undang-undang kerana pertubuhan itu telah diharamkan.

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, apa saja diadakan berkaitan dengan pertubuhan haram, ia adalah di sisi undang-undang.

Kata beliau, walaupun sesebuah negara yang mempunyai berlainan sistem menjalinkan hubungan dari segi perdagangan tetapi tidak akan menerima ideologi sistem mereka, contohnya perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China.

“Hubungan diplomasi juga boleh wujud diantara negara yang berbeza sistem di dalam bidang-bidang yang dipersetujui di antara negara tersebut,” katanya menerusi ciapan akaun Twitter milik beliau yang dipetik portal Suara Merdeka.

Oleh itu, Musa menambah, jika meraikan pejuang komunis sebagai pejuang kemerdekaan ia jelas bertujuan mengagungkan PKM dan semua ahlinya telah melakukan keganasan bersenjata terhadap rakyat Malaysia.

Beliau turut memberi contoh bagaimana dunia sehingga hari ini tidak menerima keganasan yang dilakukan oleh Nazi dan pemimpinnya Hitler.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here