Perodua Axia STYLE tampil di Pameran Motor Colombo, Sri Lanka

0
213

COLOMBO – Perodua Axia STYLE membuat penampilan pertamanya di Sri Lanka menerusi Pameran Motor Colombo Seylan yang berlangsung di Bandaranaike Memorial International Conference Hall pada 8 hinhha 10 November ini.

Pengedar tempatan Perodua, Unimo Enterprises sedang menerima tempahan untuk Perodua Axia STYLE di pameran terbabit. Penghantaran dijangka bermula awal tahun hadapan.

Varian Perodua Axia 2019 yang berunsurkan crossover itu ditawarkan dengan harga Rs 3.895 juta (RM89,000) di negara kepulauan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Sri Lanka merupakan pasaran luar negara terbesar bagi jenama Perodua, di mana Axia disambut baik dengan kira-kira 3,000 unit dijual sejak 2015. Justeru ia sesuai sebagai destinasi eksport pertama bagi Perodua Axia STYLE baharu ini.

“Dilengkapkan dengan bumper yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci, Perodua Axia STYLE baharu mencerminkan gaya hidup aktif pemiliknya di samping mengekalkan semua kelebihan Axia seperti praktikaliti, kecekapan bahan api, ruang dalaman yang luas serta mudah dipandu.

“Lebih 2,000 Perodua Axia STYLE telah menemui pemiliknya di Malaysia sejak pelancarannya pada September lalu, manakala Perodua Axia 2019 secara keseluruhan telah mencapai jualan lebih 10,400 unit daripada lebih 20,000 tempahan yang diterima setakat ini,” katanya di sini,

Unimo Enterprises telah menjual hampir 16,000 kenderaan Perodua sejak 1997. Barisan model mereka kini terdiri daripada Axia dan Bezza. Perodua Bezza merupakan sedan bawah-1.0 liter baharu yang terlaris di Sri Lanka.

Perodua menyasarkan eksport sebanyak 3,270 kenderaan pada 2019 peningkatan 50 peratus daripada 2,184 unit tahun lepas. Lebih 80,000 kenderaan Perodua telah dijual di luar Malaysia setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here