PICOMSPreneur untuk pelajar asnaf

0
120
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh (dua kiri) diiringi Naib Canselor PICOMS, Prof. Dr. Wan Mohd. Azizi Wan Sulaiman (dua dari kanan) dan Pengerusi PICOMS, Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed (kiri) menyampaikan replika cek kepada Pemangku Dekan Fakulti Pengurusan, Mohd Azlan Abu Bakar (kanan) pada Pelancaran Program Picomspreneur di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Malaysia Gazette

CYBERJAYA 27 Nov. – Kolej Universiti Antarabangsa (PICOMS) melalui fakulti pengurusan menganjurkan program keusahawanan yang dikenali sebagai PICOMSPreneur.

Program ini bertujuan memberi ilmu perniagaan kepada pelajar asnaf agar dapat meningkatkan taraf sosioekonom mereka, seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

Memetik portal Malaysia Gazette, Naib Canselor PICOMS, Profesor Dr Wan Mohd. Azizi Wan Sulaiman berkata, program ini bagi menyokong agenda pelan induk pembangunan sosioekonomi melalui pemadanan perniagaan di antara pelajar dan masyarakat asnaf dengan pihak industri kecil dan sederhana (IKS).

Tambah beliau, program ini menyediakan platform keusahawanan kepada pelajar yang berminat menjadi peniaga dan bersaing di pasaran semasa.

Bagi merealisasikannya, beliau berharap agensi lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan dapat menyalurkan bantuan kepada PICOMS menerusi tajaan.

“Diharapkan modul dan model perniagaan yang dibangunkan melalui kepakaran tenaga pengajar dari Fakulti Pengurusan berkolaborasi agensi luar dapat menarik badan seperti YAPEIM , Amanah Ikhtiar dan lain-lain untuk menyalurkan tajaan,” ujarnya.

Sumber berita dari Malaysia Gazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here