Polis siasat himpunan bekas komunis

0
128

CYBERJAYA 2 Dis. – Polis masih menyiasat dakwaan terdapat satu perjumpaan serta perhimpunan dipercayai membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang diadakan di Kajang, semalam.

Memetik laporan agensi Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak namun pihaknya mengambil maklum akan perkara berkenaan.

“Maklumat mengenai penganjuran perhimpunan itu berjaya diperoleh. Ia dilaporkan telah berlangsung secara tertutup dan pihak polis masih dalam tindakan menyiasat segala aspek berkenaan berlangsungnya penganjuran itu,” katanya ketika dihubungi.

Sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, semalam.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here