RON95 naik 1 sen setiap minggu mulai tahun hadapan

0
55

CYBERJAYA 27 Nov. – Mulai tahun hadapan, harga petrol #RON95 akan dinaikkan sebanyak satu sen setiap minggu sehingga mencapai harga semasa pasaran.

Pengapungan harga ini dilaksanakan selari dengan pelaksanaan Program Subsidi Petrol yang juga akan dimulakan Januari ini.

Memetik portal BH Online, keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

“Keputusan mengapungkan harga petrol adalah bagi meringankan kos hidup rakyat dan untuk mengelak harga barangan tidak naik mendadak apabila program subsidi dilaksanakan.

“Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat sebanyak satu sen seminggu sehingga harga (RON95) mencapai harga pasaran,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) berhubung mekanisme yang diambil kerajaan bagi mengelak harga barangan naik apabila Program Subsidi Petrol dilaksanakan tahun depan.

Chieng Jen bagaimanapun berkata, program subsidi itu hanya terpakai di Semenanjung manakala Sarawak, Sabah dan Labuan masih menikmati harga subsidi RON95 pada RM2.08 seliter. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here